Nureen Sofiya



2016

Friday, 3 February 2017

Top 8 Bullet Journal Ideas for 2016 – Bullet Journal



Assalammualaikum,

Dah lama sangat rasanya tak update kan. So biarlah aku bersengkang mata jap pagi buta ni update dengan menggunakan data burung hantu aku yang masih banyak lagi. Apa apa pun Selamat Tahun Baru dan Happy Chinese New Year! Masih sempat lagi nak wish selamat tahun baru. Tahun 2016 paling banyak memori bahagia suka duka terjadi. Bagi aku tahun 2016 sangat bermakna. Sepanjang tahun tu aku banyak sangat duduk rumah dari awal sampai pertengahan tahun. Haha. Memandangkan aku tidak bekerja so memang duduk rumah goyang kaki aje.

Benda first aku nak cerita ialah aku officially menjadi ARMY! Welcome to the club. Selama ni dengar je nama BTS tapi langsung tak kenal. Sebab diorang mana famous lagi macam sekarang. Lepas diorang muncul dekat Running Man aku mula cari tahu pasal diorang. Serius tak tipu diorang memang hensem hensem belaka. Entah berapa juta kali hati aku cair tengok abangtan ni. Ecewahh. Lagi lagi bila tengok Park Jimin.So dah tak payah bagi hint kot siapa bias aku. Hmmm memang Jimin pun. Bila dah jadi Army ni mulalah nak setia hujung nyawa. Mian EXO tapi korang tetap nombor dua dalam hati I. huhu. Mana boleh tinggal Baekhyun dengan Kai. Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah kepada Bangtan sebab dapat banyak daesang. Mian sebab tak dapat tengok diorang perform dekat MAMA atas keberadaan aku di politeknik. Masatu memang nak meraung pun ada sebab first time tak dapat tengok MAMA. Aku hanya mampu tweet dan menatap gambar yang dipost. Sedih gila weyh. Nasib baik adik aku record dekat astro dapat jugaklah tengok beribu kali dekat rumah. Aku mula terjebak dengan diorang ni jugak sebab kawan aku yang selalu duk cerita pasal diorang ni. Memang terpengaruh terus. Dah lah dah terpengaruh dah sayang pulak tu lol. Maaf ni bukan pickupline yea. Ok kita stop pasal BTS.

Next cerita ialah aku teramat suka 2016 kerana aku dapat sambung belajar. Horeyyy. Alhamdulillah. Banyak benda indah terjadi. Sesuatu yang di luar jangkaan aku bila dapat sambung belajar hingga ke tahap ini. Syukur sangat. Aku ingat kan rezeki aku masa tu memang dekat form6 tapi rezeki tu tiba tiba datang sampai terkejut aku bila dapat tawaran ni. Aku tak nak tolak lagi rezeki aku masatu. Cukuplah aku tolak masa dapat matrikulasi. Haha. Sepanjang aku dekat poli ni okay okay saja. Dapat roomate baik baik comel comel lawa lawa. Lecturer pun tak ramai yang garang. Tandas pun ok. Makanan dekat kafe je tak okay. Sebab lauk ayam je yang banyak. Naik bosan juga makan ayam hari hari.  Berbaik sangka jelah. Mungkin harga ikan mahal barangkali.

Setakat ni cerita happy happy je kan? Ni kita dengar pula kisah sedih. Dah boleh sediakan  kot segala jenis tisu disebelah anda. 1 Februari 2016. Tarikh keramat ni lah yang buatkan aku ingat sampai sekarang. Aku bagi hint tarikh je ehh. Malu pulak nak cerita the whole story. Letak balik lah tisu tu nanti mak korang marah pulak.

Aku rasa ada lagi nak cerita tapi banyak benda aku nak buat pagi so aku stop sampai sini okay. Ada msa free nak aku update.

bye



0 comments


Post a Comment

Say something nice