Nureen Sofiya



Politeknik Mersing Johor

Thursday, 10 November 2016

Assalammualaikum,

Seperti yang dijanjikan daripada post yang lepas. Harini aku nak ceritakan tentang tawaran yang aku dapat baru baru ini. Tawaran ni aku dapat minggu lepas. Aku tengah syok tengok tv tiba tiba mak aku cakap "Sopya ni hah kau dapat tawaran poli. Pegi le check" Aku pun check lah dengan masukkan nombor ic. Dan hasilnya Alhamdulillah aku terima tawaran ke Politeknik Mersing dengan kos Kejuruteraan Elektrik. Terkebil kebil tengok kos yang aku dapat. Masa aku dapat tawaran ni aku masih lagi belajar di tingkatan 6. So hati aku berbolak balik samada nak teruskan form 6 atau terima tawaran ni. Kalau aku tolak tawaran ni, ni bermakna dah dua kali aku tolak rezeki aku. First matrik, Second, politenik. Jadi aku pun terima beberapa hari kemudiannya. Aku sediakan apa yang patut dan pos surat tawaran ke PMJ.


Kejuruteraan Elektrik ?

Aku tak pernah terfikir aku akan dapat kos ni. Aku? Dengan elektrik? Ada chemistry ke nanti. In sha Allah aku akan buat yang terbaik lol. Sejak awal lagi aku tak pernah terfikir langsung nak jadi engineer. Cita cita aku masa sekolah rendah nak jadi doktor. Yelah budak budak lagi masatu. Bukannya tahu pun betapa susahnya nak amik medic. Jadi bila dah sekolah menengah aku batalkan niat tersebut. Masuk form 1, aku masih terpinga pinga aku nak jadi apa hah? Takkanlah aku takde cita cita langsung. Sampai lah mak aku cakap "jadilah peguam kak" Dan bermula dari situlah aku bertekad nak jadi peguam even masa PMR sejarah aku B. Sebab aku dari dulu tak minat SEJARAH. Tak minat langsung oke. Aku cuba nak minat tapi tak tahulah kenapa minat tu tak sampai sampai. Bila masuk form 4, aku amik aliran akaun. Still dengan cita cita yang sama; nak jadi lawyer. Keputusan akhir tahun form 4 aku gagal. Aku menangis depan kawan aku. Yelah result aku tak pernah gagal tiba tiba gagal. Yang aku gagal tu Sejarah. Akhir tahun pula tu. Mahu tak melalak aku. Sejak dari tu aku tekad nak belajar sejarah bebetul. Naik form 5 sejarah aku A weyh. Dalam sejarah, sejarah aku A. Tapi bila SPM sejarah aku B+. Pehhh sedih rasa. Ni gara gara aku tak bangun pagi dan terlewat bangun. Habis masa exam SPM aku tibai je. Okelah jawab cincai pun dapat B+ kan.

Lepastu aku mohon UPU. Tapi aku takde mohon satu pun pasal undang undang ni. Masatu aku tak fikir pasal cita cita aku tapi aku lebih memilih kepada kerjaya aku nanti. Masa UPU keluar aku tak dapat satu universiti atau politeknik. Jadi masa tu aku dah yakin yang tempat aku memang dekat form 6 nih. Awal awal belajar memang tak rasa susah lagi. Tapi bila dah exam baru tahu form 6 ni susah gila kalau tak membaca. Aku ni bukan budak bahasa yang pandai karang ayat. Nak nak masuk form 6 semua kena menulis. Bahagian kiraan tu ada tapi sikit. Otak aku ni otak kira kira bukan bahasa. Kau tengok jelah setiap post aku ni, bukan sedap sangat pun ayatnya. Hentam kromo je semua.

Jadi bila dapat kos ni ofkos lah memang berkaitan pengiraan. Mungkin sedikit sebanyak menjadi kemahiran aku nanti. Haha. Dari sini kau akan tahu tentang diri aku yang nak jadi doktor-lawyer beralih kepada engineer. Wow engineer-to-be lah ni. Serious aku masih terkejut dan tak sangka yang lagi dua minggu je lagi aku dah nak ke Mersing. Jadi doakan saya ye kawan kawan semua. Nak merantau tempat orang ni. Hihi padahal masih berada dalam Johor lagi.

Ok, bye
0 comments


Post a Comment

Say something nice