Nureen Sofiya



Hari Graduasi STMI ke-4

Saturday, 29 October 2016

Assalammualaikum,

Oleh kerana sudah lama menyepi so hari ni aku akan ceritakan kemeriahan Hari Graduasi tingkatan 6 di sekolah aku. Nak kata meriah sangat tu tak lah tapi boleh tahanlah meriah dia tu. Haha. Awal awal cikgu dah pesan pakai baju lawa lawa (untuk uppersix) pakai make up sikit tapi tak boleh lawan cikgu. Kena simple je. wth pakai lawa lawa tapi tak boleh lawan cikgu. Lawa tu keistimewaan masing masing. Biarlah nak lawa kan. Okay masalah pakaian ni aku malas nak cerita lebih.

Sehari sebelum Hari Graduasi, pelajar tingkatan 6 memang sibu seharian dari pagi sampai balik sekolah. Aku tak busy sangat cuma busy angkat kerusi dan merayau rayau. Budak budak uppersix jelah yang busy dengan rehearsal nak ambil sijil, tatatertib jalan lah whatever. So budak budak lowersix ni hanya mampu melihat mereka ber-rehearsal. Kitaorang tahun depan pulakk. Dari situ kau akan nampak ranking 1st hingga last. Aku tertanya tanya dimanakah kedudukan aku nanti. Whoaaa seram bhai. Aku taknak kedudukan aku yang terakhir.

Pada hari kejadian tu pulak aku terdatang lambat dengan Yan. Takdelah lambat sangat tapi masuk sekolah je budak dah beratur. Aku tengok budak form 6 semua cun cun. Recikk doo. Ada yang pakai jubahlah padahal cikgu dah warning tak boleh pakai jubah; spesis degil tu namanya. Aku pakai simple je. Baju ungu manik manik. Lepas perhimpunan my geng terus naik atas. Yelah majlis start pukul 11. Lambat gila. So sementara tunggu majlis mula kitaorang pun ber-selfie dekat kelas atas. Maka terhasilllah pelbagai gambar yang enak dan tak enak ditonton. lol. Ingatkan lepas selfie masuk library nak study. Rupanya makin menjadi jadi pula perangai setan kitaorang ni. Siap berdrama pula. Lebih hebat buat zombi ala ala Train To Busan pulak. Haaa ni kes meroyan tak dapat masuk drama ritu le. Kitaorang buat drama sendiri berlakon sendiri arahan sendiri. Memang tak jadi apa dekat library tu.

Dah nak dekat pukul 11 tu kitaorang pun turun bawah bersama sama perut yang berkeroncong. Macam macam muzik dah keluar. Aku tak payah cerita masa diorang amik sijil tu ehh. Buang masa je. Bukan aku naik atas pun. Duduk bawah tepuk tangan je. Aku cerita bab makan pulak la. Makanan dia Ya Allah sedap gila weyh. Bila air habis je dia tuang balik. Feeling feeling hotel sekejap. Makan nasi beriyani pula tu. Memang licin aku hadap. Lauk daging dia pehhh sedap gila. Ada rasa sampai nak tempah kat diorang ni bila aku kahwin haha. Sedap punya pasal. Tak rugi lah bayar.

Bila majlis dah habis kitaorang pun pakat pakat amik baju graduasi diorang. Aku pakai besar gila. Geloboh. Merasa jugaklah pakai even tak naik atas pentas amik sijil sebab turn kitaorang tahun depan. Tapi turn aku lambat lagi sebab - nanti aku cerita di next post.

Thats all for today, bye.






0 comments


Post a Comment

Say something nice