Nureen Sofiya



Pre U

Friday, 19 August 2016



Assalammualaikum,

Kau nampak kan title aku besar besar dekat atas tuh. Tak tahu maksud aku tak tahulah nak cakap apa. Entri kali ini aku nak cerita tentang hidup aku sepanjang bergelar pelajar; pra universiti. So kepada hadik-hadik yang tengah risau pasal trial SPM straight A ke straight E, hakak nak bagitahu ni. Janganlah korang ingat lepas SPM ni hidup korang bebas macam burung. Even burung pun terbang sana sini susah payah cari makanan. Kau ingat lepas SPM kau dapat duduk rumah membongkang pagi petang siang malam. Lainlah macam aku memang mak tak kasi kerja. Cehh padahal aku yang malas nak kerja. Mana taknya aku pergi kerja semua sampai malam. Ayah bukan kasi anak dara dia ni balik malam malam. Maklumlah anak dara dia yang paling comel ni sorang je.

Sepanjang belajar di alam sekolah balik(?) memang kenalah jumpa cikgu cikgu kau balik, ikut peraturan sekolah, baca ikrar sekolah, nyanyi lagu sekolah dll. Bosan kan kena pergi sekolah balik. Lagi lagi sekolah lama kau dulu ada pra u. Pehhh boleh meroyan. Jumpa lah kawan kawan lama. Tapi tak semua. Sebab yang lain sedang ber-homesick di universiti. Kau faham kan maksud aku. Aku tak homesick kay. Duduk rumah je pun. Alhamdulillah masih dapat merasa masakan ibu dan dapat jenjalan dengan keluarga hujung minggu. Dari tingkatan empat ambil aliran sastera so tak susah sangat bila masuk form 6 ambil aliran sastera. Dan aku 100% bukan budak sastera. Belajar lah balik sejarah, mikroekonomi, pengajian am, pengajian perniagaan, dan MUET. Fuhhh aku ambil semua subjek tough kot.

Bila dah masuk pra u ni kau kena rajin. Kau jangan buat masa kau form 5 dulu dulu. Belajar last minit. Kau bayangkan satu sem selama enam bulan tu nak kena habiskan berpuluh puluh bab. Mau tepu otak kau kalau belajar last minit. So belajar awal awal. Senang nanti. Tak payah mengulang. Aku cakap macam aku dah lepas jee sem satu ni. Padahal belum ambil exam pun. Doa doa lah aku tak mengulang. Seram weyh. Cukuplah aku kena mengulang masa ambil jpj kereta haritu. Aku taknak cerita balik sejarah lampau aku. Aku sedih. Haha.

kbai.
0 comments


Post a Comment

Say something nice