Nureen Sofiya



Netball

Friday, 19 August 2016


Assalammualaikum,

Aku ni memang seorang atlet. Tapi dulu. Masa sekolah rendah. Memang aktif senang cerita waktu zaman tu. Sukan fav aku masatu lumba lari. Badan memang kecil comel je tapi lari fuhhh macam sonic. Bak kata cikgu cikgu aku dulu. Paling tinggi pencapaian aku pun sampai peringkat daerah. Kira berjaya juga even tak sampai MSSM. Bukan tak layak pergi negeri tapi aku yang taknak. Dengan masatu nak exam UPSR lagi pastu keluar latihan sampai tak masuk kelas dari pagi sampai balik sekolah. Training memanjang. Memang tak lah ayah ak bagi. Bila masuk sekolah menengah; lughatul quran. Aku dah mula tak aktif. Namapun sekolah arab. Takde pj pun. Dapat je buku pj tapi tak pernah guna. Baju sukan kena beli tapi pakai setahun sekali; masa merentas desa. Hari sukan langsung takde. Adapun masa aku form 3. Aku rumah kuning so akak akak pilih aku sebagai pelari. Aku pun masuk. Aku lari dari saringan satu sampai dapat masuk Final. Kira hebat lagi lah kan, Aku bukan nak membongkak sombong ke apa tapi sepanjang aku lari dari saringan satu memang selalu dapat tempat pertama. Aku ingat dah tua tua (15 thn) dah pancit. Rupanya masih berbisa lagi. Badan dah berat gemuk so lari agak slow sikit. Dahlah tak training. Malam tu cakap esok dah lawan. Sakit kaki lepas lari. Alhamdulillah pencapaian aku amat membanggakan. Dapatlah rumah sukan aku kutip satu emas hasil daripada larian aku. Jangan buat buat tak faham. Aku menang tau. Kalau tak silap, yang tempat kedua dengan ketiga tu form 5. Yang johan tu form 3; aku. Sebenarnya ini sebagai pendahuluan untuk korang tahu aku ni atlet jugak. Bukannya masuk form 6 baru kenal apa itu sukan. Aku aktif dulu. Sekarang je tak. Malas. Tapi niat nak main tu ada lagi.

So bila masuk form 6 ni aku nak aktif dalam apa apa pertandingan. Tak kiralah pertandingan berpidato pun aku sanggup masuk. Ehhh? Aku akan cuba walaupun hasilnya nanti tak menang. Haha. Pra u nilah yang ajar diri aku jadi lebih yakin bila bercakap dekat depan orang ramai. Kekadang tu gigil jugak. Tapi buat buat power. Padahal tangan ketor dekat bawah. Ego. Kalau dulu memang segan malu malu kucing. Sekarang dah okey sikit.

Netball,

Aku memang tak pernah main bendealah ni. Bukan tak pernah main langsung. Pernah juga dulu main masa form 3. Tapi aku tak berapa minat. Aku lagi suka handball. Tapi tak dianjurkan pula sukan ni. Aku tak suka netball ni sebab dulu kalau main asyik foul je. Lepastu kena marah. Ehhh baran pula aku. Silap pusing kaki je kena tiup wisel ish rasa macam nak bagi kaki juga le jkjk. Sebab tu aku tak minat. Tapi bila masuk form 6 cikgu suruh masuk tercengang muka tengok bola sebab tak pandai main. Dah lah yang bakal main ni semua yang hebat plus akak akak garang hehe. Pehhh kalau kena marah malu bhaii. Tapi awal awal dah set minda ni jangan koyak sangat. Biasalah sukan sape je tak buat silap. Aku dulu training lari memang selalu kena marah. Catatan masa tak bagus lah, training main main, tak fokus.  So dah biasa. Tapi bila dah besar ni senang terasa pula. Gedik!

Awal awal masuk je main tangkap bola(?). Dan awal awal training dah jatuh sebab aku salah pakai kasut masatu. Nasib baik tak sakit punggung aku. Lama kelamaan training pagi petang, muka pun jadi hitam; sunburn. Yeayy ni yang aku suka sangat *mata keatas . Alhamdulillah aku dipilih sepuluh terbaik kerana berjaya mempamerkan aksi yang hebat. Tapi bila hari pertandingan aku tak main. Posisi aku ialah sebagai centre. Memandangkan kami ada star star yang hebat belaka jadi aku dijadikan pemain simpanan. Ini yang aku suka. Duduk tepi padang goyang kaki. Haha. Bohonglah kalau aku tak nak main kan. Penampilan pertama kot. Okay juga tak main masatu sebab tangan aku injured. Padan muka aku. Baling bola tak ingat dunia konon pakai sebelah tangan je amik kau lenguh lenguh jadinya. Aku memang sukalah bab bab sorak menyorak ni. Tapi yang paling aku suka ialah dapat tengok diorang main, dapat makan kfc, dapat hadiah, dapat naik atas pentas, dapat enjoy dan dapat keluar kelas.

Alhamdulillah segala susah payah muka terbakar penat lelah kami, akhirnya dinobatkan sebagai juara. Juara lagi. Aje kalau ada muka aku je memang selalu juara ehh. Boleh masuk olimpik lah ni lewls. Bahagianya hidup dah lah tak payah penat penat main, menang pula tu. Cikgu belanja kfc lagi. So harap harap tahun depan aku dapat main.


Okay ini sahaja untuk hari ini Sebenarnya cikgu ajak turun training tadi tapi aku tak pergi kerana sedang bergumpal dengan bantal di atas katil.

kbai.



0 comments


Post a Comment

Say something nice